Wednesday, July 25, 2012

Mainan tidur

Pagi tadi aku bermimpi..memang pelik sebab aku rasa macam betul je ...
Kalo tidak kerana bunyi alarm dan ketukan fifie aku dah pergi entah ke mana dalam mimpi
Mimpi itu aku berada di sebuah jambatan yang tinggi dan besar...
Sepertinya pada waktu pagi yang mendung...
Tiba tiba hujan turun dengan derasnya dan banjir..dan banjir itu mengakibatkan semua tempat tengelam .
Hanya pokok pokok yang tinggi saja dapat dilihat..itupun air telah mencecah sampai ke dahan..
yang peliknya ,aku sempat berfikir kalo bah yang besar begini ke mana airnya akan pergi dan bila akan surut.
jambatan konkrit itu pun tenggelam akibat banjir tapi aku sempat berpaut kepada tiang tiangnya. Nasib baik aku tidak hanyut.Aku juga berfikir bagaimana keadaan file file dan dokumen penting ...tetapi seperti aku sahaja yang hidup,barang barang tersebut tidak berguna lagi...biarlah tenggelam......
Apabila air tidak deras lagi,aku berenang ...tak pulak aku tenggelam.terjumpa la beberapa orang yang berpaut kepada dahan pokok dan kami sama sama mencari tempat berteduh.
Tidak lama kemudian,air itu surut dan kami berada di sebuah shopping complex 20 tingkat...
Dahsyat kan mimpi itu,,,,,,
Selepas itu,kami mencari mangsa mangsa yang masih hidup,rupa -rupanya shopping complex itu tidak tenggelam dan ramai orang berada disana,
Setiap level mempunyai bos dan geng geng tersendiri.Terdapat sebuah aras yang penuh dengan makanan tetapi dikuasai oleh kumpulan kumpulan mafia...
ermmm... kumpulan kami berpecah mencari makanan untuk dibawa ke tingkat atas.
Apabila aku berada di tingkat bawah ,aku berjumpa dengan orang orang Jepun dan Korea,,,
Aku juga mencari orang orang yang mungkin ku kenal tetapi langsung seorang pun tiada
Aku kembali ke tingkat dua dan banyak kedai kedai telah dipecahkan.Keadaan di kawasan itu tidak ubah seperti bandar yang tersadai. Banyak baju baju jaket bertaburan dan terdapat kedai Nike yang telah dipecahkan cermin. Aku mengambil sehelai jaket dan sarung tangan kerana keadaan semakin sejuk.
Aku mengarahkan beberapa orang untuk mengambil makanan seperti bun ,coklat untuk kumpulan kami.
Aku terpaksa menaiki tangga untuk kembali ke bahagian atas sekali...
Pelik betul mimpi itu....Kalo tidak kerana jam loceng memang aku masih dalam mimpi lagi...
Apakah maksud mimpi tersebut?

No comments: