Masa berlalu terlalu cepat........
hari ni hari ke 24 aku di rumah sewa Haji Jibon ni...
sebelum itu aku merempat di ruang tamu kuarters tempat aku mengajar selama 4 bulan.
Sekarang ok la dah ada bilik sendiri.boleh guling guling suka hati.boleh buka lampu suka hati...ade ke...haha...
tahun lepas aku tamat pengajian di USM.4 tahun pengajian sangat bermakna dalam kehidupan.Di USM aku mengenal erti kehidupan.belajar menjadi gadis yang lebih matang..Kalo dulu cinta kepada seseorang itu sangat penting,namun sekarang tiada ertinya kalo tidak cinta kepada ibu bapa dan keluarga.Bertunang dan akhirnya terkapai kapai sendiri adalah perkara yang paling menyedihkan dan sangat mematangkan diri ini.
Namun tiada ertinya sekiranya bermusuhan dan bersengketa. Kami masih berhubung seperti biasa dan kadang juga janggal untuk bermanja seperti dulu....
Huhu.....dunia dunia....hari ni pengkebumian Semba Jenny.Dia seorang yang sangat tabah dalam melawan kanser paru paru.Selama beberapa bulan dia melawan penyakit yang dihadapi dan bersedia menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.Dia tidak mudah putus asa dan semua keluarga besar berdoa agar dia disembuhkan.Tuhan lebih sayangkan dia dan pada tengahari Ahad 22 /.7/2012 dia telah menghembus nafas terakhir selepas berdoa di rumah di kampung.Masih lagi teringat semasa aku pergi ke K.L selepas tamat tingkatan 6.bermalam di rumahnya di USJ seksyen 13.rumahnya tidak jauh dari simpang jalan trafic light.
Sebagai seorang ibu tunggal, dia sangat menyayangi anak anaknya.Toto and Nini.Pada hari yang seterusnya dia membawa aku ke Taipan utk makan mee kari.Sekiranya balik ke kampung memang tidak lepas untuk berjumpa dengan dia. Kali terakhir berjumpa dengan dia semasa dia diurap dengan doa dari pastor pastor.
memang keadaan dia sangat menyedihkan ,namun dia tetap tabah dan bersemangat untuk hidup. Pada hari malam khamis ,aku telah bermimpi bahawa dia sihat,dalam mimpi itu terdapat flash back muka dia tersenyum.pada hari jumaat aku pergi ke kota kinabalu dan bertanya kepada Auntie Eng.Dia mengatakan bahawa Semba Jenny tidak dapat lagi menerima ubat dan sangat lemah.Semua keluarga besar telah pulang dan bersedia untuk menerima apa jua yang akan berlaku,Nini yang terbang dari k.l pada pagi itu sempat berjumpa dengan dia semasa masih hidup...
Pemergian Semba Jenny Diyon telah memberi ikhtibar kepada aku bawa jangan mudah putus asa dan kuatkan semangat dalam kehidupan.Semoga Tuhan menempatkan dia antara golongan yang beriman di surga.
No comments:
Post a Comment