Tuesday, November 6, 2012

bercerita tentang cinta

bercerita tentang cinta...
LOVE!!topic sejak zaman Shakespeare lagi ni...
sudah banyak pengalaman mengenai cinta walaupun diusia 25 tahun ini....
Cinta kepada seseorang memberi efek yang sangat besar kepada diri sendiri dan orang yang dicintai..
ahhh sudah la ....cinta cinta saja kau ni mel....
tak kawin kawin lagi...haha....
sesungguhnya aku cinta pada diriku sendiri.....
CInta kepada kedua ibu bapaku dan adikku,keluarga aku.......
Kalo bab cinta ini serik sudah aku...penat aa..banyak perbezaannya...
stop stop....stop...it Mel! 
Sia sia  je Mel...

udah udah le cerita....


Minat



Minat
Sembang malam ini adalah minat.
Kalo dulu masa kecil minat nak jadi penyanyi la konon….suara kira tak brapa nak sedap sangat la.minat menyanyi tu sampai skarang tak luntur lagi.kalo Nampak microphone boleh dah naik gian  menyanyi..cuti ni balik nanti memang hari2 la orang sebelah dengar aku karaoke di rumah..
Naik sekolah menengah minat nak jadi peguam..kurang ilmu katakan….kalo nak  practical dah di syarikat Uncle Stanley..peyh bidang  perundangan ni memeningkan..tapi masih minat lagi. Uncle Stanley satu satunya keluarga 1st cousin family yg masuk bidang perguaman. Kalo dulu my grandma masih hidup memang setiap gawai dan Christmas mereka bertandang.Sekarang jarang juga…
Minat memasak…hobi yang boleh dikatakan baru baru …goggle dan yahoo menjadi panduan…AFC memang menjadi  salah satu channel tv paling diminati…padan la dengan semakin gemok nya berada di utara Sarawak ni..kalo balik kampong ala kadar je masak…itu dulu…skarang macam macam dalam otak….
Minat  fotografi..yang ni memang dah lama.Cuma aku takda lagi camera DSLR,kalo ada kiri kanan aku bawa…sejak zaman USM lagi aku memang suka.edit edit tu kureng la skit..memandangkan aku semakin stable bergaji tetap  menyusul la DSLR kemudian.
Minat shopping…godaan yang paling tidak dapat dihindarkan..kalo dulu Forever 21.skarang ni  Cotton On..takda maknanya ke sana kalo tidak membeli ….window shopping juga…bila berwindow shopping maka kepuasaan melihat sesuatu dress,baju,kasut,seluar itu berada tahap yang sangat tinggi….pengamatan 100% kepada material, fesyen, kesesuaian…
Minat  awak…siapa itu?AAAAhhh...shhuhhhuu

Wednesday, October 10, 2012

life is such like

Life is such  like......bla bla bla

this few weeks and days...

walking alone in life

run here and there

never let me free

sometime people don't understand

how hard i fight for this life
 
how hard i try to fulfill others  need 

how hard i stand own my own feet

in this land
 
far away  from my family

far away from my best buddy
  far away from my  love

far away from others

 i cry alone without tears

not to regrets

but i'm  tired

give me space and time

i'm not a machine..

m just a human need rest





Monday, July 30, 2012

sahabatku abang angkatku

tak sangka ari ni lambat plak aku tido...
cuci baju,cuci pinggan mngkuk tapi tak abis cuci...
ENtri hari ni: Sahabatku abg angkatku
jeng jeng jeng..... mengenali dia 2 tahun yang lalu...persahabatan yang akrab..Pada bulan lepas,aku telah meneka bahawa dia akan mendirikan rumah tangga...YESS jawapannya tepat..dan aku sangat gembira..
My family pon kenal dia,time aku konvo tahun lepas dia la yang bertanggungjawab mengambil parent aku dari lcct..walaupon agak terlewat...aku nek moto dengan dia kat kl, lepak dengan dia kat kl...dia ambilkan aku dari umah sis Manda di batu 3.memang aku sangat manja dengan dia...
Nuar, haha..keje dia pon aku buat walaupun tak tahu langsung....assignment dia....dia bawa aku makan udang besooo kat bukit bintang ,,
Nuar, sejak putus tunang dua tahun lepas, aku kenal dia sangat sangat..aku tempat dia bermanja...aku tempat dia meluahkan perasaan....ishhhh..
aku  akui memang suka pada dia..Namun tak lebih daripada seorang kawan...
Dia sangat suka bergurau.......ade ade je dia boleh bawa cerita...
agak sukar juga nanti kalo tidak hubungi dia...25 Ogos dia akan bergelar seorang suami...
minggu ni patut aku hantar hadiah untuk perkahwinan mereka...
aku dijemput tapi mungkin tidak dapat hadir....
aku akan merindui dirinya...Anuar bin Hadi....

Wednesday, July 25, 2012

Mainan tidur

Pagi tadi aku bermimpi..memang pelik sebab aku rasa macam betul je ...
Kalo tidak kerana bunyi alarm dan ketukan fifie aku dah pergi entah ke mana dalam mimpi
Mimpi itu aku berada di sebuah jambatan yang tinggi dan besar...
Sepertinya pada waktu pagi yang mendung...
Tiba tiba hujan turun dengan derasnya dan banjir..dan banjir itu mengakibatkan semua tempat tengelam .
Hanya pokok pokok yang tinggi saja dapat dilihat..itupun air telah mencecah sampai ke dahan..
yang peliknya ,aku sempat berfikir kalo bah yang besar begini ke mana airnya akan pergi dan bila akan surut.
jambatan konkrit itu pun tenggelam akibat banjir tapi aku sempat berpaut kepada tiang tiangnya. Nasib baik aku tidak hanyut.Aku juga berfikir bagaimana keadaan file file dan dokumen penting ...tetapi seperti aku sahaja yang hidup,barang barang tersebut tidak berguna lagi...biarlah tenggelam......
Apabila air tidak deras lagi,aku berenang ...tak pulak aku tenggelam.terjumpa la beberapa orang yang berpaut kepada dahan pokok dan kami sama sama mencari tempat berteduh.
Tidak lama kemudian,air itu surut dan kami berada di sebuah shopping complex 20 tingkat...
Dahsyat kan mimpi itu,,,,,,
Selepas itu,kami mencari mangsa mangsa yang masih hidup,rupa -rupanya shopping complex itu tidak tenggelam dan ramai orang berada disana,
Setiap level mempunyai bos dan geng geng tersendiri.Terdapat sebuah aras yang penuh dengan makanan tetapi dikuasai oleh kumpulan kumpulan mafia...
ermmm... kumpulan kami berpecah mencari makanan untuk dibawa ke tingkat atas.
Apabila aku berada di tingkat bawah ,aku berjumpa dengan orang orang Jepun dan Korea,,,
Aku juga mencari orang orang yang mungkin ku kenal tetapi langsung seorang pun tiada
Aku kembali ke tingkat dua dan banyak kedai kedai telah dipecahkan.Keadaan di kawasan itu tidak ubah seperti bandar yang tersadai. Banyak baju baju jaket bertaburan dan terdapat kedai Nike yang telah dipecahkan cermin. Aku mengambil sehelai jaket dan sarung tangan kerana keadaan semakin sejuk.
Aku mengarahkan beberapa orang untuk mengambil makanan seperti bun ,coklat untuk kumpulan kami.
Aku terpaksa menaiki tangga untuk kembali ke bahagian atas sekali...
Pelik betul mimpi itu....Kalo tidak kerana jam loceng memang aku masih dalam mimpi lagi...
Apakah maksud mimpi tersebut?

semangat yang hilang

Semalam berkobar kobar nak dapat gaji...
tapi hari ni punah segalanya...mendapat khabar bahawa gai hanya masuk 31 haribulan adalah sesuatu yang sangat menyedihkan...
Dengar dengar suara sumbang bulan depan...
adoiiii.....
mujur hari ni  aku hanya mengajar satu buah kelas sahaja itu.kalo tidak memang aku mengamuk.
Boikot tidak datang meeting, tidak buat kelas tambahan...apa gunanya bukan ada gaji ponn....
balik rumah tidur lagi bagus.....
tengah syiok syiok tidur adoiii tiada elektrik pulak,berpeluh peluh dalam bilik....

Tuesday, July 24, 2012

Jangan Pernah Mengalah

Masa berlalu terlalu cepat........
hari ni hari ke 24 aku di rumah sewa Haji Jibon ni...
sebelum itu aku merempat di ruang tamu kuarters tempat aku mengajar selama 4 bulan.
Sekarang ok la dah ada bilik sendiri.boleh guling guling suka hati.boleh buka lampu suka hati...ade ke...haha...
tahun lepas aku tamat pengajian di USM.4 tahun pengajian sangat bermakna dalam kehidupan.Di USM aku mengenal erti kehidupan.belajar menjadi gadis yang lebih matang..Kalo dulu cinta  kepada seseorang itu sangat penting,namun sekarang tiada ertinya kalo tidak cinta kepada  ibu bapa dan keluarga.Bertunang dan akhirnya terkapai kapai sendiri adalah perkara yang paling menyedihkan dan sangat mematangkan diri ini.
Namun tiada ertinya sekiranya bermusuhan dan bersengketa. Kami masih berhubung seperti biasa dan kadang juga janggal untuk bermanja seperti dulu....
Huhu.....dunia dunia....hari ni pengkebumian  Semba Jenny.Dia seorang yang sangat tabah dalam melawan kanser paru paru.Selama beberapa bulan dia melawan penyakit yang dihadapi  dan bersedia menerima apa saja kemungkinan yang berlaku.Dia tidak mudah putus asa dan semua keluarga besar berdoa agar dia disembuhkan.Tuhan lebih sayangkan dia dan pada tengahari Ahad 22 /.7/2012 dia telah menghembus nafas terakhir selepas berdoa di rumah di kampung.Masih lagi teringat semasa aku pergi ke K.L selepas tamat tingkatan 6.bermalam di rumahnya di USJ seksyen 13.rumahnya tidak jauh dari simpang jalan trafic light.
Sebagai seorang ibu tunggal, dia sangat menyayangi anak anaknya.Toto and Nini.Pada hari yang seterusnya dia membawa aku ke Taipan utk makan mee kari.Sekiranya balik ke kampung memang tidak lepas untuk berjumpa dengan dia. Kali terakhir berjumpa dengan dia semasa dia diurap dengan doa dari pastor pastor.
memang keadaan dia sangat menyedihkan ,namun dia tetap tabah dan bersemangat untuk hidup. Pada hari malam khamis ,aku telah bermimpi bahawa dia sihat,dalam mimpi itu terdapat flash back muka dia tersenyum.pada hari jumaat aku pergi ke kota kinabalu dan bertanya kepada Auntie Eng.Dia mengatakan bahawa Semba Jenny tidak dapat lagi menerima ubat dan sangat lemah.Semua keluarga besar telah pulang dan bersedia untuk menerima apa jua yang akan berlaku,Nini yang terbang dari k.l pada pagi itu sempat berjumpa dengan dia semasa masih hidup...
Pemergian  Semba Jenny Diyon telah memberi ikhtibar kepada aku bawa jangan mudah putus asa dan kuatkan semangat dalam kehidupan.Semoga Tuhan menempatkan dia antara golongan yang beriman di surga.